Tuesday, November 1, 2011

Selamat Menunaikan Ibadat Haji Puan Sabariah Buyong...

inilah Puan Sabariah Buyong,Ketua Guru Kaunseling SMKTBR 1 merangkap mentor saya..;)



Seluruh warga sekolah khususnya Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTBR1, PRS, ahli SLAD dan PROSTAR ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji buat Ketua Guru Kaunseling, Puan Sabariah bt Buyong...Puan Sabariah telah berlepas pada 14 Oktober lalu ke Tanah Suci dan dijangka akan pulang ke tanah air sekitar awal bulan Disember nanti....semoga beliau dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan memperolehi haji mabrur..Amin~~~

Kursus Profesionalisme Guru-guru Kaunseling Negeri Selangor

ucapan aluan daripada Pegawai Kaunseling JPS, Encik Mohd Khairudin bin Omar



"Sharing" bersama pakar kaunseling UPM, Prof. Madya Dr Sidek bin Mohd Noah


jualan gerai di luar dewan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan



sebahagian guru-guru kaunseling seluruh negeri Selangor



menikmati hidangan sarapan pagi sebelum sesi bermula...~~~sedap~~~



Tarikh: 24 September 2011
Tempat: Taylor's College, Petaling Jaya




Program Sehari SLAD

inilah barisan guru2 SLAD yang membawa pelajar melawat



wakil pelajar SMKTBR1 yang menjayakan Program Sehari SLAD






lawatan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Kubu Bharu


ujian bertulis SLAD dihadiri seramai 80 pelajar


Program Sehari SLAD telah diadakan pada 19 Oktober 2011. Antara agenda program ini ialah ujian bertulis SLAD yang merangkumi 40 soalan objektif aneka pilihan. Setelah 1 jam peperiksaan berkahir, para pelajar di bawa melawat ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Hospital Kuala Kubu Bharu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, serta ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor. objektif program ini diadakan ialah untuk menguji kefahaman pelajar tentang misi dan visi SLAD serta melengkapkan penggunaan buku log SLAD. Semoga Program Sehari SLAD ini menjadi program wajib tahunan untuk semua warga SLAD akan datang...