Thursday, September 29, 2011

Selamat Berjuang kepada Calon PMR 2011



SALAM 1 MALAYSIA....




Begitu cepat masa berlalu..hanya kira2 4 hari dan 12 jam lebih sahaja lagi para calon PMR 2011 akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang dijadualkan pada 5 Oktober ini..sekalung doa dan harapan cikgu kalungkan buat anda semua calon PMR 2011 yang dikasihi..Teruskan perjuangan dan berserahlah segalanya kepada Allah swt setelah anda semua bertungkus lumus melakukan persiapan mengulangkaji dan belajar dengan penuh tekun...












Saturday, September 24, 2011

Pemenang Tempat Ketiga Cabaran Kaunselor Muda

Peserta Kaunselor Muda sedang menanti gilian untuk menyampaikan ceramah

barisan hakim yang arif dan bijaksana


ceramah di sampaikan dengan baik dan lancar


jutaan terima kasih kepada Cikgu Hamidah yang banyak membantu
peserta sekolah sepanjang pertandingan


sijil penyertaan dan hadiah disampaikan oleh Tuan Hj Roslan selaku
Pegawai Kaunseling dan Kerjaya. Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor

Pertandingan Merekayasa UBK Daerah Hulu Selangor





Thursday, September 22, 2011

Persiapan pertandingan e-PPDa peringkat Daerah





salam sayang buat semua pelajar...

Unit UBK serta seluruh warga sekolah sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan mural dan arca yang bakal dipersembahkan pada 24 Oktober nanti ke peringkat negeri. Beberapa pelajar yang berbakat telah menyumbangkan tenaga dan idea untuk menyiapkan setiap mural dan menghias bilik eppda yang telah dipertandingkan.

sehubungan itu, sesiapa yang berbakat untuk melukis dan mewarna mural dialu-alukan untuk hadir dan berjumpa dengan mana-mana guru kaunseling.

Sunday, September 18, 2011

Menangani stres


Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
  1. Tidur Sejenak
    Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

  2. Pengurutan
    Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

  3. Mengekspresikan diri secara artistik
    Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

  4. Kerap ketawa
    Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

  5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
    Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.

Thursday, September 15, 2011

Perjumpaan Mingguan PRS






PEN dan BUKU


Pen dan buku....?untuk apa..?
*mencatat maklumat yang terkini dan penting
*menulis sesuatu sebelum LUPA
*teman belajar seorang PELAJAR yang RAJIN dan BERSEDIA

 Banyak kelebihan pen dan buku jika dimanfaatkan...Beza pelajar sekolah dengan orang yang tidak bersekolah ialah pen dan buku. Jika seorang tukang masak perlu bawa buku resepi dan kuali, jika seorang tukang gunting rambut perlu bawa CERMIN dan GUNTING, sebagai PELAJAR anda perlu bawa PEN dan BUKU. 

Oeh itu, jadikan ia budaya mulai sekarang. Bawa sebatang PEN dan BUKU kemana sahaja anda pergi.....



Aktiviti Kelas "Relief"






Cikgu sentiasa peka dan faham bahawa pelajar -pelajar pada hari ini sememangnya mengalami sedikit tekanan dengan pelbagai tuntutan kerja rumah, kerja sekolah dan kerja kursus yang perlu dilaksanakan...Itulah harga yang perlu dibayar oleh insan yang bergelar pelajar...selagi anda bergelar pelajar..jangan rasa terbeban dan merungut...malah, anda perlu sahut cabaran ini dengan penuh semangat..ANDA BOLEH!!!

Aktiviti sepanjang kelas "relief" adalah bersifat lebih santai namun masih menduga akal pelajar-pelajar yang dikasihi. Tayangan vcd oleh pakar motivasi dan teknik belajar oleh bekas-bekas pelajar cemerlang turut diadakan sesuai dengan matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar yang Berilmu, Berdisiplin dan Berbakti.....

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada Guru Pelatih








Setelah berada selama 8 minggu di SMKTBR1, dua orang guru pelatih UPSI telahpun menamatkan latihan praktikalnya pada 26 Mei 2011. Diharapkan cikgu pelatih ini mendapat pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan sebagai persediaan untuk menjadi bakal guru bimbingan dan kaunseling yang berjaya. Selamat berjaya diucapkan kepada Cikgu Normazwanie dan Cikgu Norihafiza.....

Minggu Anti Dadah

Majlis perasmian Minggu Anti Dadah 2011 bermula dengan simbolik pelancaran

Persembahan deklamasi sajak anti dadah oleh pelajar Tingkatan 1

Penyertaan pelajar dalam Kuiz Anti Dadah; borang penyertaan diberikan kepada pelajar yang berminat

Pameran anti dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Pelajar tekun melihat bahan pemeran

Hasil karya pelajar yang menyertai pertandingan melukis poster
Pertandingan deklamasi sajak

Minggu Anti Dadah telah berlangsung dengan jayanya pada 9 hingga 13 Mei 2011. Motto Minggu Anti Dadah kali ini ialah " Cegah Dadah, Amalkan Nilai Murni". Sepanjang Minggu tersebut pelbagai program diadakan seperti Pertandingan Melukis Poster, Deklamasi Sajak, Mengarang Esei, Pameran Anti Dadah serta ceramah daripada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).





Thursday, September 8, 2011

Majlis Ikrar Pelajar 2011





SELAMAT HARI RAYA

Selamat Datang Lebaran 2011 Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin.......

setelah sekian lama blog ini tak diupdate..cikgu benar-benar sibuk menguruskan pengurusan dan pentadbiran BnK...apapun kami akan update status dan perkembangan terbaru program yang telah diadakan sepanjang tahun ini...Nantikan ya...