Sunday, August 29, 2010

Perjumpaan Bersama Pengetua

12 Ogos 2010. Satu perjumpaan bersama pengetua telah diadakan bagi memberi kata-kata nasihat dan amanat kepada para pelajar berisiko dalam kes-kes disiplin. Dalam program tersebut mereka juga diberi peluang untuk berkongsi sebarang persolan yang berkaitan dengan diri mereka. Diharapkan dengan adanya program yang sebegini mereka akan dapat memperbaiki diri menjadi murid yang semakin baik.

Sunday, August 22, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas (KPP)

KPP telah dijalankan pada 2-4 April 2010 yang lalu bertempat di Kem Belia bukit Lagong, Gombak. Seramai 80 orang pengawas turut serta dalam program tersebut. Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya mengikuti kursua yang berlangsung 3 hari 2 malam itu. Sepanjang program para peserta telah mengikuti aktiviti yang berbentu LDK dan Outdoor yang dikendalikan oleh guru-guru dan juga jurulatih kem.

Wednesday, August 18, 2010

Lawatan Ke Universiti Multimedia

Satu lawatan ke Universiti Multimedia telah diajalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan 5 berkaitan dengan kusus-kursus yang ditawarkan di universiti tersebut. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 dan diiringan oleh 3 orang guru telah mengikuti program sehari itu. Mereka juga mengambil peluang untuk singgah di Putrajaya dalam perjalanan pulang. Terima kasih diucapkan kepada MMU atas kesudian menerima kehadiran kami.

Monday, April 26, 2010

Lawatan Hari Terbuka KUIS

26 Mac 2010. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 telah mengikuti satu lawatan ke hari terbuka yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Dalam program itu mereka telah dibawa melawat ke sekitar kampus dan melawat pameran pendidikan yang diadakan. Para pelejar juga berkesempatan mengikuti inventori-inventori yang ditawarkan dalam pameran tersebut.

Saturday, April 24, 2010

Lawatan ke Galeri Emkay

22 Mac 2010, Satu lawatan ilmu telah dibuat oleh UBK SMK Tabura ke Galeri EMKAY di Damansara Perdana. Dalam program tersebut para pelajar telah mendapat taklimat berkaitan penglibatan dan kejayaan Tan Sri Mustafa Kamal dalam bidang keusahawanan. Terima kasih atas jemputan daripada pihak EMKAY, semoga hasil daripada lawatan tersebut dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam bidang akademik dan kehidupan mereka pada masa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada En Shamsol dan Cik Fiza atas layanan yang diberi semasa kami berada di sana.

Sunday, January 17, 2010

Program Jom Masuk U

17 Jan 2010 (Ahad), Seramai 36 orang pelajar tingkatan 5 telah berpeluang melawat pameran Program Jom Masuk U bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Dalam pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu semua IPTA telah membuka 'booth' masing. Banyak maklumat yang diperolehi sepanjang program itu. Diharapkan maklumat-maklumat tersebut dapat membantu pelajar untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi SPM 2010.

Saturday, January 16, 2010

Program Ikrar Pelajar

16 Jan 2010 (Sabtu), Program Ikrar Pelajar telah dijalankan bagi pelajar tingkatan 3 dan 5. Ibu bapa dijemput hadir bagi membincangkan pencapaian calon PMR dan SPM 2010 berdasarkan graf pencapaian PATS. pelajar juga menandatangani dokumen ikrar pelajar dengan disaksikan oleh ibu bapa. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa penjaga yang hadir, semoga matlamat untuk mencapai kecemerlangan akademik warga SMKTabura akan tercapai.

Thursday, January 14, 2010

Program maju Diri (PMD) Tingkatan 1

Salam sejahtera. PMD untuk murid tingkatan 1 telah dijalankan dalam minggu pertama dan ke-2 persekolahan. Selamat datang ke SMKTabura diucapkan kepada murid-murid tingkatan1/2010. Diharapkan mereka akan gembira utnuk datang ke sekolah dan mendapat ilmu pengatahuan yang berguna dan berfaedah. SMKTBR menawarkan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti bagi menjana kecemerlangan murid-murid selaras dengan misi dan visi sekolah. Syabas, semoga kecemerlangan akan menjadi 'budaya' seluruh warga SMKTabura.