Monday, June 8, 2009

Kuiz Karnival Pendidikan Kerjaya Hulu Selangor

Kuiz Kerjaya telah dijalankan pada 16 April 2009 (Khamis) bertempat di Dewan Al-Farabi SMK Tabura. Sebagai tuan rumah, UBK telah membuat persiapan bagi menerima kehadiran 14 buah sekolah menengah yang turut serta dalam karnival tersebut. Dalam majlis tersebut semua peserta yang hadir pelu melalui 3 pusingan yang dijalankan oleh jurukuiz Pn Rosnah Zali dan Pn Rohaida Gani dengan dibantu oleh Pn Zuriyati. Dan, keputusan dipusingan akhir adalah 1-SMK Sg Choh, 2-SMK Bukit Sentosa, 3-SM Sains Hulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.

Monday, May 25, 2009

Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya

11 Mei (Isnin) Majlis Pelantikan Rasmi PembimbingRakan Sebaya (PRS) telah dijalankan di Dataran Perhimpunan. Pn Supiah Senin (PK Kurikulum) telah sudi menyampaiakan watikah pelantikan mewakili tuan pengetua. Dalam majlis tersebut PRS yang telah dilantik telah melafazkan Ikrar PRS dihadapan guru-guru dan rakan-rakan sekolah. Bantu Diri Bantu Orang lain....syabas diucapkan.

Monday, February 23, 2009

Majlis Ikrar Pelajar 2009

Majlis Ikrar Pelajar telah dijalankan pada 10 Januari 2009 (Sabtu) yang melibatkan murid Tingkatan 3 dan 5 serta murid Kelas Rancangan Khas tingkatan 1 dan 2. Dalam majlis tersebut ibu bapa dijemput hadir untuk menandatangani dokumen ikrar pelajar dan menerima ikrar daripada anak mereka. Penceramah jemputan Ustaz Zali Salleh dari KAGAT memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid calon SPM dan PMR 2009. Turut hadir adalah YDP dan AJk PIBG SMK Taman Bunga Raya (1).

PMD dan Orientasi Tingkatan 1

Program Maju Diri (PMD) dan Orientasi Pelajar Tingkatan 1 telah dijalankan pada 6 dan 7 Januari 2009. Dalam program tersebut murid-murid telah diberi input berkaitan dengan persekolahan dan juga pembangun diri. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bertrindak sebagai fasilitator membantu guru kaunseling dalam melaksanakan program yang dirancang.

Sunday, February 22, 2009

Renungan Bersama...

* Orang yang berjiwa kecil akan cepat naik darah apabila dikritik,tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada kritikan dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri.

*Kalau asyik berfikir hidup ini sukar,maka sukarlah hidup anda tetapi jika anda dapat membina ketahanan diri, maka anda akan menguasai hidup anda yang sukar itu.

*Setiap manusia perlu dimanfaatkan berdasarkan kemampuan mereka, kerana harus diinsafi bahawa tiada seorang manusia pun yang sempurna.

*Orang yang gagal dalam usahanya masih tetap lebih baik daripada orang yang langsung tidak berusaha.

*Tiada siapa yang boleh terlepas daripada melakukan kesilapan. Akui kesilapan anda, kesalinya dan belajar daripadanya.

*Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan sendiri.

*Tidak ada bahaya peribadi melainkan sifat malas dan tidak ada ketinggian peribadi melaiankan sifat rajin.

...renung2kan